Friday 8 July 2011

SEJENAK MOTIVASI…

Tiap jiwa …ada hati…di situlah wujud lubuk perasaan…
Andainya dapat dikaut…umpama beribu awan yang menggapai…
Inilah kita …insan yang bergelar guru yang sama menggalas tanggungjawab
Bak teratai dalam arus deras…
Sentiasa indah...segar...ceria...menjadi tarikan sang ikan di bawah sana...

Walaupun arus deras melanda...namun akarmu gagah menongkah...
Ingatlah setiap badai yang melanda
Ada hikmahnya....
Kuatkan akarmu dalam arus pendidikan ini...
Sebarkan benih ilmumu demi anak bangsamu

Jangan sesekali kelopak-kelopakmu terurai
Kerana... di sana mata-mata hitam jernih
Amat dahagakan ilmumu...!
Untuk membentuk hasrat ini...
Wahai insan yang bergelar guru....renungkanlah nasihatku ini...

Pertama...
Setiap usaha perlu disertai dengan doa
Doa yang ikhlas dari hati yang bersih
Tuhan tidak akan menghampakan doamu.....!

Kedua...
Menangislah kamu walau dari hati yang dalam
Namun jangan sesekali putus asa
Kerana putus asa itu racun yang paling berbisa...!

Ketiga...
Hidup ini penuh cobaan dan ranjaunya
Kuatkan semangatmu
Cekalkan hatimu
Dan tunduklah pada Tuhan yang SATU....!

Aku di sini mendoakan setiap kejayaan kalian di luar sana
Kita insan bertuah....
Dapat merasa nikmat kehidupan
Teratai ingin mengundur diri...
Selamat berjuang buat kalian semua!!!

4 comments:

  1. sebuah sajak yang amat menarik..teruskan semangat kuatkan tekad untuk kita mendidik sebuah generasi masa hadapan yang terbilang.

    ReplyDelete
  2. hanya guru yang memahami perasaan seorang guru..sebuah sajak yg menarik..

    ReplyDelete
  3. Bergelar seorang guru ,memerlukan pengorbanan yang tinggi dalam mendidik anak2 bangsa kita... jadi,... sabar dan teruskan semangat... kerana.. "mereka" memerlukan kita,..dahagakan ilmu pengetahuan... teruskanlah perjuangan....jangan mengaku kalah...

    ReplyDelete