Thursday 14 July 2011

SINOPSIS :

KEBAIKAN INTERNET

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain (Crumlish, 1996). Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Apakah peranan komputer dalam dunia pendidikan? Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran Matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus Matematik.

Menurut Lim (1989), penggunaan komputer dapat mengatasi masalah dan kesukaran murid dalam memahami dan menjawab soalan penyelesaian masalah Matematik. Selain itu, pelajar yang menggunakan komputer dalam Matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli Matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Kesimpulannya, penggunaan komputer tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Penggunaan internet banyak membantu terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Friday 8 July 2011

SEJENAK MOTIVASI…

Tiap jiwa …ada hati…di situlah wujud lubuk perasaan…
Andainya dapat dikaut…umpama beribu awan yang menggapai…
Inilah kita …insan yang bergelar guru yang sama menggalas tanggungjawab
Bak teratai dalam arus deras…
Sentiasa indah...segar...ceria...menjadi tarikan sang ikan di bawah sana...

Walaupun arus deras melanda...namun akarmu gagah menongkah...
Ingatlah setiap badai yang melanda
Ada hikmahnya....
Kuatkan akarmu dalam arus pendidikan ini...
Sebarkan benih ilmumu demi anak bangsamu

Jangan sesekali kelopak-kelopakmu terurai
Kerana... di sana mata-mata hitam jernih
Amat dahagakan ilmumu...!
Untuk membentuk hasrat ini...
Wahai insan yang bergelar guru....renungkanlah nasihatku ini...

Pertama...
Setiap usaha perlu disertai dengan doa
Doa yang ikhlas dari hati yang bersih
Tuhan tidak akan menghampakan doamu.....!

Kedua...
Menangislah kamu walau dari hati yang dalam
Namun jangan sesekali putus asa
Kerana putus asa itu racun yang paling berbisa...!

Ketiga...
Hidup ini penuh cobaan dan ranjaunya
Kuatkan semangatmu
Cekalkan hatimu
Dan tunduklah pada Tuhan yang SATU....!

Aku di sini mendoakan setiap kejayaan kalian di luar sana
Kita insan bertuah....
Dapat merasa nikmat kehidupan
Teratai ingin mengundur diri...
Selamat berjuang buat kalian semua!!!

Aktiviti PSS 2011 sekolahku...SK Kelibang,Kuah 07000 Langkawi

PSS yang dulunya suram kini telah berubah wajah.Semuanya hasil kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah untuk mencantikkan dan menceriakan PSS.
PSS ini tentunya menarik minat murid-murid untuk masuk dan membaca buku.
Kursus Pentauliahan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS yang dijalankan di Hotel Grand Continental,Langkawi.Tempat kursus yang menarik ini sudah tentunya menjadi pengalaman yang baru kepada para pengawas.
Selain itu,aktiviti resensi buku turut dijalankan seperti di tapak perhimpunan ini.Untuk pengetahuan semua PSS SK Kelibang telah memperolehi Anugerah NILAM tempat ketiga dalam peringkat Negeri Kedah pada tahun 2011.
Antara aktiviti lain yang dijalankan di PSS SK Kelibang seperti gambar di bawah:

Kursus Eduweb TV 2011




Wednesday 29 June 2011

dari Mitos ke Lagenda...

Salam...
sempena cuti sekolah ni, saya terpanggil untuk menceritakan hal berkaitan dengan REHAT DAN RAWAT (R&R).
sudah pasti tentang pulau yang satu ini, Langkawi.

Agak unik, jika dikatakan bahawa pulau ini menjadi tempat himpunan cerita-ceriti bermacam jenis kisah. Mengalami adalah lebih sesuai, jika dibanding dengan menceritakan.

secara gambaran, mari kita lihat visual yang dipaparkan.

kita bermula dengan Tasik Dayang Bunting dan cerita ceritinya...


Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi.
Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena.


Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja .

Menurut ceritanya,Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi.

Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun.

Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.


Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.

Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.

Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang".

Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi.

Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir.

Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.

Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.

Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya.

Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.

Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.

Thursday 23 June 2011

PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN TEKNOLOGI

PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN TEKNOLOGI
Yam Weng Hoong
Pengenalan
Perubahan sistem pendidikan di negara ini selepas kemerdekaan merupakan hasil daripada segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan program-program kerajaan pada masa itu untuk melaksanakan berbagai peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. Dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji semula dan kurikulum pendidikan sentiasa dikemaskinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru ini. Oleh yang demikian, tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan matlamat dan keperluan rancangan negara. Dalam hal ini, matlamat pembangunan pendidikan sentiasa diberikan penekanan yang wajar. Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasar-dasar umum dan khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa. Justeru itu, banyak perubahan telah berlaku dengan pesatnya dan antara yang terpenting ialah penggubalan Kurikulum Sekolah Bestari yang telah mengambil contoh amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Anjakan paradigma ini telah menjadikan teknologi satu “cornerstone” penting bagi pendidikan.

Keperluan Perubahan Dalam Pendidikan Matematik
Perkembangan teknologi telah banyak mempengaruhi setiap liku-liku kehidupan masa kini. Oleh itu, budaya sekolah seharusnya perlu diubahkan daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997). Perlaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi dalam sistem pendidikan. Mengikut pengarang buku “Reshaping Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum” (National Research Council, 1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah:
• pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat. Oleh yang demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan ide-ide baru yang canggih,
• ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru,
• perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang efektif,
• pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman kini ingin belajar dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisa dan menerokai penyelesaiaan masalah mereka,
• perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik pada semua peringkat.
Daripada titik ini, pengiktirafan peranan teknologi dalam pendidikan matematik telah membawa pembelajaran matematik melampaui batasan pembelajaran kemahiran sahaja dan juga telah menimbulkan keperluan dalam merombak semula perhubungan konsep serta konseptual dengan pengajaran pembelajaran matematik.

Peranan Teknologi Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik
Teknologi elektronik – kalkulator dan komputer – adalah alatan penting dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelesaian matematik. Alatan ini membekalkan imej visual bagi ide-ide matematik; mereka juga mempermudahkan jalankerja untuk mengatur dan menganalisa data; serta mereka menjalankan komputasi dengan cekap dan tepat. Di samping itu, alatan teknologi dapat meyokong penyiasatan dan penerokaan yang dijalankan oleh murid-murid dalam semua aspek matematik, termasuklah geometri, statistik, algebra dan nombor. Apabila teknologi sedia wujud dalam proses pembelajaran murid-murid, mereka dapat lebih menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau kesimpulan, merenung atau membuat refleksi, menaakul dan menyelesaikan masalah.
Murid-murid dapat belajar lebih banyak matematik dengan lebih mendalam dan terperinci lagi apabila menggunakan teknologi yang sesuai (Dunham dan Dick, 1994; Sheets 1993; Boers-van Oosterum 1990; Rojano 1996; Groves 1994). Teknologi juga dapat digunakan untuk memupukkan pemahaman konsep matematik. Dalam program matematik, teknologi patut digunakan dengan meluas dan dengan tanggungjawab, untuk mencapai matlamat serta tujuan memperkayakan pembelajaran murid-murid di dalam matematik. Kewujudan, keserbabolehan dan kuasa yang terkandung di dalam teknologi membolehkannya untuk menyemak semula matematik apakah yang patut murid-murid belajar serta juga bagaimanakah mereka dapat belajar dengan paling baik.

Teknologi mempertingkatkan pembelajaran matematik
Teknologi boleh menolong murid-murid dalam membelajari matematik. Sebagai contohnya, dengan kalkulator dan komputer, murid-murid dapat mengkaji lebih banyak contoh ataupun perwakilan matematikal daripada kemungkinan dengan hanya melaksanakannya dengan tangan sahaja. Akibat daripada ini, murid-murid dapat membina dan meneroka konjekur-konjektur dengan lebih mudah dan senang. Tambahan pula, kuasa grafik dalam alat teknologi memberikan suatu hubungkait yang istimewa kepada model-model visual matematik yang begitu berkuasa di mana murid-murid sendiri pun tidak sanggup ataupun tidak mampu menjanakannya. Kapasiti untuk menjalankan komputasi dengan alat teknologi telah memperluaskan renj dan bentuk masalah matematikal yang kini dapat dibawa masuk ke bilik darjah untuk diperkenalkan kepada murid-murid. Keadaan ini membolehkan murid-murid menyelesaikan prosedur-prosedur matematikal yang rutin dengan lebih pantas dan tepat. Justerunya, lebih banyak masa dalam tangan murid-murid sekarang untuk mengalih perhatian dan fokus mereka kepada permodelan serta konseptual matematik. Pendekata, teknologi di dalam pembelajaran matematik telah memerdekakan minda murid-murid.
Teknologi memainkan peranan yang penting di dalam proses membuat, menilai serta memurnikan sesuatu konjektur bersama-sama dengan aspek pembelajaran dan penaakulan matematik yang lain. Membuat dan menguji konjektur adalah isipati kepada pembuktian dalam matematik. Seperti teknologi melukis graf dan hamparan elektronik yang telah membuat konsep fungsi dan algebra mudah diperoleh oleh murid-murid; teknologi kalkulator grafik dan perisian geometri dinamik juga telah membawa kesan yang sama dalam membantu murid-murid membuat penaakulan matematik. Saling hubungan di antara teknologi, konjektur dan bukti dapat digambarkan oleh model seperti yang berikut:

Teknologi menggalakkan murid-murid membuat konjektur yang kemudiannya diuji dan disiasat dengan menggunakan teknologi. Menentukan sama ada konjektur-konjektur itu benar atau palsu dapat merangsangkan murid-murid untuk berbincang dan mencari bukti-bukti matematikal untuk menentusahkan pendirian mereka. (Balacheff , 1990)
Penglibatan murid-murid dengan ide-ide matematikal yang abstrak dapat juga dipupukkan melalui penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran matematik. Teknologi memperkayakan kualiti dan jenis penyiasatan matematik dengan memberi satu laluan untuk mengkaji ide-ide matematik daripada pelbagai perspektif. Pembelajaran murid-murid dibantu dengan maklumbalas yang dapat dihasilkan oleh teknologi. Contohnya, dengan mengheret satu nodus dalam suatu persekitaran geometri dinamik, bentuk dalam paparan akan berubah ataupun dengan menukarkan rumus-rumus yang telah ditakrifkan pada hamparan elektronik, perubahan nilai-nilai yang berkaitan dapat dilihat dengan serta merta. Teknologi memberikan satu fokus di mana murid-murid dapat berbincang di antara satu sama lain dan juga dengan guru tentang objek yang dipaparkan pada skrin serta tentang pelbagai kesan-kesan transformasi yang dinamik yang dihasilkan dengan bantuan teknologi.
Teknologi memberi peluang kepada guru untuk memilih dan mengubahsuai tatacara proses pembelajaran mengikut pelbagai kehendak dan rentak murid-murid. Murid-murid yang mempunyai perhatian yang mudah diganggu, sekarang dengan teknologi, mereka dapat menumpu perhatian yang lebih berfokus terhadap menyelesaikan tugasan matematik dengan menggunakan teknologi seperti komputer.
Murid-murid yang menghadapi masalah dengan prosedur-prosedur matematik yang tertentu pula, dapat memperkembangkan dan meneroka pemahaman matematikal yang lain dahulu; yang kemudiannya dapat membantu murid-murid ini belajar dan memahami prosedur-prosedur itu. Peluang dan kemungkinan yang begitu meluas dalam melibatkan murid-murid dengan cabaran-cabaran matematik dapat dipertingkatkan lagi dengan penggunaan teknologi.

Teknologi menyokong pengajaran matematik yang berkesan dan efektif
Keberkesanan penggunaan teknologi dalam sebuah bilik darjah matematik bergantung kepada seseorang guru. Teknologi bukanlah satu penawar mujarab kepada masalah-masalah dalam proses pengajaran pembelajaran matematik. Seperti mana-mana alat bantu mengajar yang lain, teknologi boleh digunakan sama ada secara optimum ataupun dengan serba kekurangan. Guru patut menggunakan teknologi untuk mempertingkatkan lagi peluang pembelajaran murid-murid dengan memilih atau membina tugasan-tugasan matematik yang bernas serta yang dapat mengambil kesempatan untuk mengeksploitkan apa yang dapat suatu teknologi itu buat dengan berkesan seperti dalam melukis graf, membuat visualisasi dan menjalan komputasi. Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan simulasi untuk memberi murid-muridnya suatu pengalaman situasi masalah yang sukar direkacipta tanpa teknologi. Ataupun guru boleh menggunakan sumber data dan sumber maklumat dari internet dan “World Wide Web” untuk merekabentuk tugasan-tugasan matematik bernas bagi murid-murid. Hamparan elektronik, perisian geometri dinamik dan mikrodunia komputer merupakan alat-alat teknologi yang berguna untuk mengemukakan masalah-masalah matematikal yang bernas.
Teknologi tidak akan menggantikan seseorang guru matematik. Pada amnya, apabila murid-murid menggunakan alat-alat teknologi dalam aktiviti matematik, mereka biasanya nampak lebih meluangkan banyak masa bekerja dan mencari penyelesaian bagi masalah matematik sehingga menwujudkan satu keadaan di mana peranan guru nampaknya tidak penting lagi. Tetapi gambaran ini adalah tidak tepat dan mudah disalahfahamkan. Seorang guru matematik sebenarnya memainkan banyak peranan penting di dalam sebuah bilik darjah yang kaya dengan teknologi - membuat keputusan yang akan membawa kesan yang penting kepada pembelajaran murid-muridnya. Pada peringkat awalnya, gurulah yang mesti mempertimbangkan dan membuat keputusan tentang bilakah dan bagaimanakah teknologi akan digunakan di dalam bilik darjah. Sambil murid-murid menggunakan teknologi seperti kalkulator ataupun komputer dalam bilik darjah, guru pula dapat menggunakan peluang ini bukan sahaja untuk memantau dan mencerap murid-murid tetapi juga untuk memokus kepada pemikiran dan penaaklulan murid-murid. Tambahan pula, sambil murid-murid bekerja dengan teknologi, murid-murid dapat mempamerkan pelbagai pemikiran dan penaakulan matematikal mereka, yang pada amnya susah dicerap oleh guru tanpa bantuan teknologi. Maka teknologi dapat membantu dalam pentaksiran, memberi peluang untuk guru mengkaji serta memeriksa proses yang telah digunakan oleh murid-murid dalam penyiasatan matematik mereka dan hasil penyiasatan masing-masing. Justerunya, dengan teknologi, maklumat yang berlimpah banyak sedia ada bagi guru untuk membuat refleksi dan membuat keputusan memilih tindakan susulan bagi pengajaran matematiknya.

Teknologi mempengaruhi matematik apakah yang patut diajar.
“Technology is dramatically changing mathematics; as a result, the mathematics that students learn also must change. It has been said that same mathematics has become more important because technology requires it; some mathematics has become less important because technology replaces it; and some mathematics has become possible because technology allows it.”
Trafton and Claus (1994)
Teknologi bukan hanya setakat mempengaruhi bagamanakah matematik diajar dan dibelajari tetapi juga, mempengaruhi apakah yang patut diajar serta bilakah topik itu diajar. Dengan teknologi dalam tangan, kanak-kanak muda boleh meneroka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor-nombor besar, ataupun mereka dapat menyiasat ciri-ciri bagi bentuk-bentuk dengan menggunakan perisian dinamik geometri. Di sekolah rendah, murid-murid boleh mengatur dan menganalisa set data yang besar. Manakala murid-murid di sekolah menengah rendah pula dapat membelajari perhubungan linear and ide kecerunan serta perubahan seragam dengan perwakilan komputer. Senario di sekolah menengah atas pula, murid-murid dapat menggunakan simulasi untuk mengkaji taburan sampel dan mereka dapat bekerja dengan sistem algebra komputer yang dapat menjalankan kebanyakan manipulasi simbolik dengan cekap. Pada hakikatnya, manipulasi simbolik sedemikian telah menjadi tumpuan bagi kurikulum sekolah menengah atas yang tradisional. Oleh itu, pembelajaran algebra tidak lagi perlu dihadkan kepada situasi ringkas di mana manipulasi simbolik adalah mudah secara relatif. Dengan menggunakan alat teknologi, murid-murid dapat menaakul isu-isu yang lebih am dan lebih luas, seperti perubahan parameter. Tambahan pula, dengan teknologi murid-murid dapat memodelkan masalah-masalah dunia sebenar serta menyelesaikan masalah-masalah kompleks dan rumit yang pada satu ketika dahulu tidak dapat diperolehi oleh murid-murid.
Teknologi juga telah mengaburkan sempadan-sempadan yang memisahkan topik-topik di dalam algebra, geometri dan analisis data. Kini teknologi membenarkan murid-murid menggunakan ide dari satu bidang matematik untuk membantu mereka memahami ide dalam bidang yang lain dengan lebih jelas. Teknologi dapat menolong guru menghubungkaitkan perkembangan kemahiran dan prosedur kepada pemahaman matematikal yang lebih am. Oleh kerana itu, setengah kemahiran yang pada satu masa dahulu dianggap penting telah dijadikan kurang mustahak peranannya oleh teknologi. Akibatnya, murid-murid kini dapat dirangsangkan untuk bekerja pada peringkat matematikal yang lebih tinggi dan abstrak. Belajar dengan menggunakan manipulasi virtual ataupun dengan “Logo” dapat menggalakkan kanak-kanak muda memperluaskan pengalaman fizikal mereka serta memperkembangkan pemahaman awalan mereka tentang ide-ide canggih, seperti menggunakan algoritma. Perisian geometri dinamik dapat menggalakkan kajian ke atas keluarga objek geometrik, dengan fokus yang eksplisit terhadap transformasi geometrik. Sama juga, utiliti melukis graf dapat mempermudahkan kajian dan penerokaan ciri-ciri berbagai kelas fungsi. Disebabkan teknologilah, banyak topik dalam matematik distrik kini telah mengambil peranan yang penting di dalam bilik darjah matematik yang kontemporari. Perubahan yang paling ketara dalam isi kandungan kurikulum matematik serta dalam matlamat proses matematik ialah pengurangan tumpuan kepada aspek kerja komputasi matematikal yang boleh dilaksanakan dengan teknologi; dan disebaliknya meningkatkan penekanan ke atas pemikiran konseptual serta penyelesaian masalah. Isi kandungan dan proses matematik kini dipertingkatkan serta diperluaskan kepada ide-ide dan aplikasi matematik yang lebih kompleks daripada yang dapat diperoleh murid-murid melalui isi kandungan tradisional. Oleh yang demikian, sempadan-sempadan bagi lanskap matematik telah berubah dan bertukar.
Peranan Guru Dalam Pengajaran Dengan Menggunakan Teknologi
Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata, “Didiklah anak kamu mengikut zamannya. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu.” Kata-kata ini memang berhubungkait dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik. Sehubungan ini peranan seorang guru matematik adalah amat penting dan dia perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sezaman supaya pengajaran dan pembelajarannya dengan menggunakan teknologi sentiasa berkesan.
Alvin Tottler pula pernah berkata, “The illiterates of the future are not those who cannot read and write, but those who do not want to learn, unlearn and relearn.” Dalam konteks pendidikan guru dan dalam usaha untuk memartabatkan lagi profesionalisme keguruan, maka ini bermakna bahawa guru juga perlu “learn”, “unlearn” dan “relearn”. Dalam masyarakt alaf baru ini yang berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan satu peranan yang besar dalam pendidikan matematik. dan ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak pengajaran pembelajaran matematik tradisional. Guru sekarang menganjak peranannya sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat kepada peranan sebagai pemudahcara dan pengurus untuk mendapat maklumat.

Penutup
Kewujudan teknologi dalam pendidikan matematik bukan sahaja mengubah corak dan cara guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh murid. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui.
Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam pendidikan sejagat sudah sampai masanya ke arah mewujudkan generasi berteknologi mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k-ekonomi selaras dengan wawasan 2020 negara. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting semestinya melakukan inovasi drastik ke arah pencapaian matlamat. Potensi dan teknologi yang amat canggih perlu dimanafaatkan sewajarnya dan sepenuhnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir dan penggunaan teknologi.

RUJUKAN

1. Trafton, P.R. & Claus, A.S. (1994) A Changing Curriculum for a Changing Age. Windows of Opportunity: Mathematics for Students with Special Needs, The National Council of Teacher of Mathematics Inc. Virginia, USA
2. James T. Fey (1989) Educational Studies in Mathematics. Technology and Mathematics Education: A Survey of Recent Developments and Important Problems, The Joint Committee of the Mathematical Association of America & The National Council of Teachers of Mathematics, USA
3. KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur.
4. National Council of Teachers of Mathematics (2001). Principles and Standards for School Mathematics. New York
5. Burton, L. & Jaworski, B. (1995) Technology In Mathematics Teaching, Chartwell-Bratt Ltd., Sweden
6. Lisa Leonor Grable & Carlos Curto (2001) Adapting to Technologies that Work, Meridian: A Middle School Computer Technologies Journal, USA.

ISU DAN TREND PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Teknologi hari ini telah menawarkan satu jambatan sebagai laluan kepada remaja untuk beralih daripada pemikiran konkrit kepada pemikiran yang abstrak, bagi membolehkan mereka meneroka, memerhati dan menjana pelbagai bentuk persembahan idea matematik samada secara penomboran, grafik ataupun simbolik. Contohnya, pelajar boleh menggunakan perisian pembinaan geometri (GSP) untuk menyiasat hubungan di antara lilitan dan juga diameter bulatan. Mereka boleh mengukur sebanyak mungkin objek bulat dan mencatat ukur lilit serta diameternya bagi persembahan secara penomboran . Mereka juga boleh plotkan nilai dan menganggar padanan yang sesuai secara grarik, atau menentukan padanan persamaan yang sesuai secara simbolik.

Teknologi maklumat seperti pemprosesan perkataan, kalkulator, 'spreadsheed tool' (seperti MS Excel) dan internet akan membolehkan pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pencapaian sederhana untuk menumpukan pembelajaran di tahap yang lebih tinggi seperti mempelajari dan menguasai teknik-teknik komunikasi dan penyelesaian masalah yang mana merupakan suatu kebolehan yang sangat berharga dalam pemikiran matematik.Oleh kerana teknologi maklumat sudah menjadi salah satu daripada budaya yang hebat, maka ia menjadi lebih telu dan dilihat sebagai suatu implementasi untuk mengangkat keupayaan manusia dan komunikasi. Justeru itu, teknologi di dalam kelas sepatutnya memainkan peranan yang sama sebagai alat harian yang dapat menambahkan kuasa pelajar untuk menyiasat dan menguasai idea-idea penting dan seterusnya menjana kebolehan personal yang sangat bernilai.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang kurang faham tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Pengintegrasian Teknologi Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik'. Adakah dengan membawa pelajar ke makmal yang mengandungi 40 buah komputer, seorang guru itu telah mengintegrasi teknologi dalam pengajarannya?. Salah satu miskonsepsi tentang teknologi adalah apabila teknologi dianggap semata-mata sebagai suatu alat yang ditambah ('add-on tool') kepada apa yang sudah ada di dalam sebuah kelas. Implikasinya ialah, ramai guru akan menggunakan teknologi terutamanya komputer sebagai alat untuk melaksanakan kurikulum secara tradisional, berasaskan subjek dan berpusatkan guru di mana teknologi hanya berperanan di pinggir atau sebagai tampalan sahaja. Sepatutnya, teknologi akan diintegrasi apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar supaya belajar dengan lebih bermakna. Maka matlamat sebenar dan utama pengintegrasian teknologi adalah bukan untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata tetapi untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran bermakna.
Pengintegrasian teknologi yang berkesan tidak berlaku dalam sebarang persekitaran. Ia hanya akan berlaku secara berkesan dalam persekitaran pembelajaran yang menekankan pembelajaran bermakna. Untuk membina persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi pengintegrasian, kita perlu memikirkan suatu pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada yang diamalkan secara tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi dalam P&P akan hanya berlaku secara berkesan dalam kelas yang berpusatkan pelajar di mana guru berperanan sebagai fasilitator.

Terdapat tujuh aspek utama dalam persekitaran pembelajaran yang berkesan bagi menghasilkan pembelajaran bermakna. Persekitaran pembelajaran mestilah aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana, berkonteks dan reflektif. Persekitaran yang aktif akan melibatkan pelajar dalam pemprosesan maklumat secara bermakna kerana mereka menggunakan teknologi sebagai alat kognitif untuk mencapai matlamat tersebut (ke arah persekitaran yang aktif). Di dalam persekitaran konstruktif pula, pelajar mengintegrasi idea baru kepada pengetahuan sedia ada untuk membina makna. Mereka menggunakan komputer sebagai alat kognitif atau media mempertingkatkan wacana.
Apabila pelajar bekerja sebagai suatu komuniti pembelajaran di mana setiap ahli komuniti tersebut menyumbang ke arah mencapai matlamat individu dan kumpulan pula, ia dinamakan persekitaran kolaboratif. Melalui persekitaran sebegini, teknologi digunakan oleh pelajar untuk menyokong kerja koperatif bagi memudahkan kolaborasi. Seterusnya, dalam suasana pembelajaran bermatlamat pula, pelajar akan berusaha mencapai matlamat dan objektif kognitif mereka. Komputer membolehkan mereka untuk memperkembangkan cara mengorganisasi aktiviti dan tugasan ke arah mencapai matlamat dan objektif ini.

Melalui persekitaran berwacana, pelajar akan memperolehi manfaat dengan menjadi ahli komuniti yang membina ilmu di mana pelajar saling bertukar idea dan saling membina pengetahuan masing-masing. Internet akan melanjutkan komuniti pembelajaran melampau dinding bilik darjah. Apabila berhadapan dengan suasana pembelajaran yang berkonteks, pelajar sebenarnya berdepan dengan tugasan pembelajaran yang tersauh dalam tugasan dunia sebenar atau yang di simulasikan melalui aktiviti yang berasaskan masalah. Perisian simulasi akan membina semula senario untuk dianalisis oleh pelajar. Akhir sekali, persekitaran pembelajaran yang reflektif membenarkan pelajar membuat refleksi tentang proses yang telah disempurnakan dan keputusan yang telah diambil semasa aktiviti P&P dan menerangkan dengan jelas apa yang telah mereka pelajari. Hasilnya, pelajar akan menggunakan komputer untuk menunjukkan apa yang mereka tahu.

Walau bagaimanapun, dalam kita mengharungi dunia yang serba mencabar ini, pastinya kita tidak dapat lari daripada masalah. Lantaran itu, samada secara langsung atau tidak langsung memang terdapat halangan dalam proses pengintegrasian teknologi dalam pengajaran pembelajaran matematik . Guru dan pentadbir sekolah harus memahami halangan-halangan yang mungkin di hadapi sebagai membolehkan teknologi diintegrasi secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik mereka. Yang penting, mereka harus bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian teknologi ini. Di antara halangan-halangan yang dimaksudkan ialah dari segi masa, latihan guru, sumber dan juga sokongan.

Namun, halangan paling besar yang harus ditangani adalah perubahan yang bakal melanda bila teknologi cuba diintegrasikan dalam P&P matematik. Di sini, guru dikehendaki melakukan dua perubahan. pertama sekali, warga pendidik harus menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan internet di mana alat teknologi ini berbeza daripada alat pengajaran yang lama. Kedua ialah, mengubah kaedah mengajar. Perubahan ini melibatkan peranan yang dimainkan oleh guru dalam kelas dan cara bagaimana mereka mengurus kelas mereka. Perubahan dalam cara mengajar matematik ini dipengaruhi oleh tiga perkara. Pertamanya ialah sifat dan falsafah pengetahuan matematik, kedua ialah falsafah dan matlamat pendidikan matematik yang baru serta ketiga ialah pengetahuan baru tentang cara manusia belajar matematik. Guru yang ingin menangani kedua-dua perubahan yang disebutkan di atas harus mempertimbangkan banyak persoalan terutamanya yang berkisar tentang kelebihan relatif daripada pengintegrasian teknologi dalam P&P matematik, kenampakannya, kesesuaiannya, kompleksiti serta mestilah boleh dicuba.

Pun begitu, teknologi sebenarnya bukan secara automatik berguna. Teknologi terutamanya komputer ibarat satu pedang bermata dua (double edged sword). Menurut Harold Wenglingsky dari Princeton, komputer boleh meningkatkan pencapaian murid sekaligus dapat meningkatkan suasana sekolah ke arah yang lebih baik. Namun ia harus diletakkan pada tempat yang sesuai dan digunakan dengan cara yang betul. Jika tidak, komputer akan muncul sebagai sesuatu yang memberi mudarat kepada kita. Teknologi tidak boleh dianggap sebagai jawapan kepada semua masalah yang dihadapi dalam dunia pendidikan hari ini. Jika kita tidak berhati-hati, penggunaan teknologi dalam kelas akan "backfire". Apa yang lebih utama dalam pendidikan bukanlah teknologi, tetapi pedagogi. Teknologi tidak boleh menggantikan kefahaman bermakna dan tabiat menggunakan teknologi untuk memperoleh jawapan dengan cepat boleh menghasilkan kesan sebaliknya.

Oleh itu, dalam penggunaan teknologi bagi pengajaran dan pembelajaran matematik ada beberapa perkara yang harus dielakkan oleh guru. Pertamanya, guru tidak boleh terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik. Ini kerana, teknologi hanyalah sebagai alat dan bukannya objek pembelajaran. Kedua, guru harus mengelakkan daripada menggunakan teknologi secara ekslusif. Teknologi secara tabiinya adalah abstrak. Pembelajaran akan menjadi bermakna jika teknologi digunakan dengan alat-alat lain seperti bahan manipulatif. Pembelajaran tidak akan menjadi bermakna jika pelajar tidak diminta untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar.

Perkara ketiga ialah, elakkan daripada menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diminta dalam matematik. Kadangkala kita mendapati pelajar melaporkan jawapan sesuatu pengiraan sehingga lapan rumah perpuluhan kerana teknologi yang digunakan menunjukkan hasil pengiraan sehingga lapan tempat perpuluhan. Ini satu contoh dimana pelajar menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diharapkan oleh matematik. Seterusnya, perkara keempat ialah tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja. Tidak satu teknologi yang ada hari ini yang boleh dikatakakan sempurna dan boleh menyelesaikan semua masalah yang diberikan. Sebarang pelaburan besar yang dibuat dalam mendapatkan sesuatu teknologi akan berkesudahan dengan pelaburan yang mengongkong. Teknologi akan berubah, jadi kita perlu memastikan pelaburan yang dibuat tidak akan mengekang kita daripada mendapatkan teknologi yang lain.

Akhir sekali perkara ke lima ialah, teknologi sepatutnya tidak digunakan untuk 'streaming'. Kita kadangkala berjumpa dengan komputer yang digunakan sebagai ganjaran atau sebagai alat melatih tubi. Komputer hanya boleh digunakan bila pelajar telah menyiapkan tugasan mereka. Sepatutnya teknologi diberikan kepada semua untuk berpeluang menggunakannya dalam situasi dan masalah yang mencabar dan menarik. Dengan membolehkan setiap pelajar berpeluang menyelesaikan masalah yang mencabar, mereka akan melihat sebab mengapa mereka harus mempelajari asas matematik.

Thursday 16 June 2011

KEBAIKAN INTERNET

Pengenalan
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
Peranan komputer dan internet dalam pendidikan
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:
• Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
• Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
• Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
• Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.
Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).
Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).
Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.

Integrasi internet dalam pendidikan
Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pertama
Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.
Kedua
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

Ketiga
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Keempat
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
• E – mail (Mel Eletronik)
• Laman Web (WWW)
• Internet Relay Chat (IRC)
• Telnet
• Kumpulan Diskusi dan Berita
• File Transfer Protocal (FTP)

Monday 13 June 2011

PENGAYAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

PENGAYAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
Mohd Nain Bin Muhamad
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah serentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abab ke-21 atau dengan kata lain cabaran era teknologi
Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa. Medium utama ke arah memperbanyakkan sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) .
Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif.
Matematik merupakan mata pelajaran yang mempunyai banyak faedah kebergunaannya.Matematik digunakan dalam perdagangan,perindustrian pendidikan tinggi dan turut diaplikasikan dalam kehidupan dunia sebenar.Pendidikan Matematik di sekolah-sekolah di Malaysia bertujuan menyumbang idea-idea kepada pelajar untuk membentuk pemikiran yang logik, analitis, sistematik, kreatif dan kritis serta kemahiran penyelesaian masalah seterusnya berkebolehan menggunakan formula dalam kehidupan seharian.Ini bertujuan agar pelajar dapat memainkan peranan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan menghargai kepentingan matematik. Fenomena ini mungkin hanya kekal sebagai teori pengajaran dan pembelajaran jika arus dalam pendidikan matematik di negara kita berada dalam keadaan statik.
Kita perlu menerima hakikat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran kita khususnya dalam matematik masih banyak memberi penumpuan kepada proses mempelajari koleksi hukum dan penelitian aplikasi ,prosedur, yang tidak menarik minat pelajar yang jauh daripada matlamat dan objektif sebenar yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik. Kandungan dan aktiviti yang digubal secara amat tersusun dan kurang memberi peluang kepada pelajar mengembangkan fikiran kritis,imaginatif dan kreatif mereka. Maka pelaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada penggunaan teknologi untuk mengatasi masalah ketidakserasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik ini.Untuk menjadikan pendidikan matematik lebih bernas maka pengintergrasian tekonologi dalam pengajaran dan pembelajran matematik perlu dilakukan.

Pendidikan Matematik Berbantukan Komputer.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur cara komputer yang mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu seseorang pelajar mengelolakan aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program atau perisian.
Selain daripada itu, teknologi komputer juga boleh dimenafaatkan untuk peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak sebagai alat kognitif dalam membantu memanipulasikan serta membuat refleksi dan pengabstrakan ke atas sesuatu konsep [ Dublnsky & Tall 1991]. Menurut mereka idea-idea sains dan matematik menjadi lebih mudah difahami oleh lebih ramai individu apabila ianya dipersembahkan secara lebih konkrit. Dalam keadaan ini, teknologi komputer berupaya menjadikan idea-idea yang abstrak kepada konkrit dalam minda melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi paparan grafik, animanasi dan sebagainya. Pendekatan pembelajaran seperti ini mampu memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta perbezaan individu mengikut keupayaan masing-masing .
Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar menyimpan dan mengekalkan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula mengaplikasikan maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat yang disimpan membantu pelajar dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi pelajaran berulang kali dan berterusan.Bagi guru-guru pula,pengajaran berbantu komputer mampu menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif di samping dapat mengubah amalan pembelajaran secara tradisional yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih seabad yang lalu NCTM (National Council of Teacher’s of Mathematic’s, 1980), mencadangkan supaya pengajaran metematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Crockroft (1982), menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh mengubah kepentingan sesuatu topik dalam sukatan pelajaran matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak akan bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Crockroft (1982), menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan ke dalam sebutan bahasa matematik sebelum ia diselesaikan. Langkah terjemahan seumpama ini memerlukan kefahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran dan kesulitan pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajarWalau bagaimana pun masalah, kesukaran dan kesulitan ini boleh di atasi melalui penggunaan teknologi komputer.
Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat mengikut tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan sesuatu di luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu memasukkan unsur-unsur kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian masalah komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi komputer ini didapati telah mula mengambil alih tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100% diaplikasikan. Malah teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi pemangkin kepada membuat keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan.
Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan, didapati pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai sikap yang lebih p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70an dan 80an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan tidak kurang juga kebimbangan serta kurang keyakinan di kalangan pendidik. Walau bagaimana pun, keadaan telah berubah di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer. Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melasanakan aktiviti-aktiviti berikut :
1. Penghasilan bahan kurikulum
2. Latih tubi
3. Tutorial
4. Pemulihan dan pengayaan
5. Simulasi
6. Pengiraan
7. Alat Bantu Mengajar

(A) Penggunaan Spreadsheet (MS-ExceL)

Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran komputer. Kajian-kajian yang telah dijalankan menyatakan berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam matematik. Ada juga kajian yang menyatakan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep matematik. Malah kini, penggunaan spreadsheet boleh didapati daripada laman web yang memaparkan penggunaan spreadsheet. Umpamanya, “Algebraic Problem-Solving Using Spreadsheet (Spreadsheet Problem Collection - Laman Web:http://forum.swarthmore.edu/workshops/su…ticipants/sinclair/problem/
probfile.html). Di sinilah kita mendapati bahawa penggunaan spreadsheet boleh membantu pengajaran matematik. Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan spreadsheet dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sementara menunggu pakej pengajaran berbantukan komputer yang sesuai.

(B) Penggunaan Multimedia

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah :
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing
2. Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan kepada pelajar
3. Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menarik dan menyeronokkan.
4. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.
5. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.

(C) Penggunaan Internet (WWW dalam Pendidikan MatematiK)

Internet atau “International Network of Network” ialah sebuah rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Dalam rangkaian Internet terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber itu termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru matematik boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Sumber dari pengajaran lain seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh juga diperolehi daripada Internet.

Penggunaan komputer yang disambung ke internet pula dikenal pasti dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh ahli masyarakat.Melalui internet,pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan matematik seperti arithmetik, statistik, kalkulus, algebra, sejarah matematik dan sebagainya.Melalui internet,pengguna e-mail memupuk semangat belajar secara kumpulan dan pelajar berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui [christie 1996]. Penemuan bari ini membawa perubahan kepada pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat kajian dan berfikiran kritikal [Nolen & Martin 1994].Selain daripada itu, banyak bahan yang boleh dimanafaatkan oleh guru-guru berhubung dengan pendidikan matematik melalui internet ini seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering dibincang oleh para pendidik iaitu konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut ialah pembelajaran koperatif dan inkuri penemuan.
Di samping itu, terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik dalam matematik seperti soalan penyelesaian masalah boleh dimanafaatkan oleh guru-guru dan para pelajar untuk diselesaikan sama ada dalam kelas atau di luar kelas.Lantaran menyedari potensi dan keupayaan internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan internet kepada para pendidik dan pelajar.Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaring Pendidikan.Projek tersebut termasuklah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan golongan pendidik di sekolah serta maktab-maktab perguruan. Selain itu , kementerian memberi latihan dan bimbingan tenaga pengajar dengan kemahiran menggunakan segala kemudahan teknologi yang disediakan dan seterusnya merancang,melaksanakan serta memantau pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda danpengetahuan di samping menggalakkan pelaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan ICT.

Di dalam Internet terdapat banyak kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang berbincang tentang perkara yang sama termasuklah tentang matematik. Selain daripada diskusi elektronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang matematik. Berikut adalah beberapa sumber pengajaran dan pembelajaran daripada WWW yang boleh membantu guru matematik mengajar matematik :
1. The Math Forum
2. Ask Dr. Math
3. Tulang Napier
4. The Tower of Hanoi
5. Pembuktian Teorem Pithagoras
6. Manipula Math With Java
Menyedari potensi dan keupayaan sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada pelbagai organisasi, Kementerian Pendidikan telah melancarkan beberapa projek yang berlandaskan jaringan pendidikan. Dalam perlaksanaan kepelbagaian projek ini antara lain Kementerian Pendidikan berhasrat :
1. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada
para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan bagi melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang sedia ada (Internet)

2. Merancang, melaksana dan menyediakan pelbagai aktiviti
pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat.

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer., khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat kepelbagaian program yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat

(D) Penggunaan Geometer’s Sketchpad

Pada tahun 1987 Nicholas Jackin begitu serius membuat programman geometri ini sehingga terbinalah Geometer’s Sketchpad untuk Machintoch. Guru-guru serta pengguna amnya mencuba versi awal ini. Pada tahun 1990 Nicholas berjaya menghasilkan versi ‘beta’ . Pembiyaan dari Yayasan Sains Kebangsaan untuk meneruskan penyelidikan . Versi kedua program ini program ini dilancaarkan pada April 1992. Manakala vrsi pertama Sketchpad untuk Window pula dilancarkan pada April 1995. Penggunaanya berluasa sehingga ke hari ini.

Kewujudan program menonjolkan keupayannya untuk menggambarkan rajah geometri seperti Euclidean Geometri. Geometer’s Sketchpad banyak membantu pelajar menerokai dan mencipta bentuk-bentuk geometri sehingga ke peringkat membuat konjektur mengenai rajah tersebut. Pembelajaran geometri tidak lagi berakhir kepada noktah tapi sentiasa mencapah ke aras yang lebih tinggi. Ia memudahkan pelajar menemui ciri-ciri spesifik dan menjana pelajar membuat ‘open ended questions’.
Michael Serra, dalam bukunya, Discovery Geometry: An Inductive Approach (1999) menerangkan bahawa melalui pendekatan terhadap GSP membolehkan pelajar membina rajah geometri sendiri dan berbincang bersama rakan mengenai konjektur yang terhasil, melalui pengamatankepada pola –pola. Pelajar selanjutnya akan memberi alas an kewujudan konjektur berkenaan. Pierre Van Hiede dan Dina Van Hiede – Geldoft menyatakan melalui GSP secara tidak langsung mengarahkan pelajar membuat visualisasi, analisis,‘rigor’ , deduks informal dan deduksi formal.
Seterusnya membolehkan pelajar menemukan 3 peringkat pembinan rumus matematik yang terdiri dari perinkat permulaan, diikuti dengan peringkat visualisasi, kemudian peringkat analisis dan seterusnya membuat konjektur sebelum membuktikan kebenaranya. Pelajar dapat menerokai secara dinamik serta membuat perubahan kepada rajah geometri dengan lebih analitik.Melaluinya pelajar menjalani demonstrasi interaktif, membuat kolaborasi dan meyuarakan hasil dapatannya. Dalam ertikata yang lain, penggunaan GSP ini secara tidak disedari mencetusan ‘cooperative learning’ .

Pembelajaran Berbantukan Kalkulatur Grafik.

Kalkulatur Grafik merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat menengah atau rendah. Kalkulator-kalkulator grafik yang boleh diperluaskan penggunaannya adalah seperti Calculator-Based Laboratory (CBL-2) dan TI-83 Plus. Berbeza dengan negara-negara barat, kalkulatur telah diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih menilai sama ada ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita. Mengapa kita boleh biarkan murid menggunakan kalkulator grafik dalam pembelajaran matematik?
Antara sebab-sebabnya seperti berikut:
 Tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi
 Dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat
 Dapat belajar sendiri
 Merdeka minda
 Menyingkatkan masa pengiraan
 Kalkulator sebagai agen visualisasi
 Mudah menggraf
Yang paling penting sekali ialah penggunaan kalkulator boleh memudahkan dalam tiga peringkat proses matematik iaitu permodelan matematik, pengiraan dan pentafsiran matematik



Keterangan/ulasan selanjutnya:

1. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan di mana mereka boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor.

2. Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran tidak terlibat kepada kemahiran dengan pembelajaran di dalam kelas semata-mata malah ia memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas. Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling .Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak.


3. Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara pembelajaran yang berbeza.Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol,menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan "number sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza

4. Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak . Ini mengalakkan idea-idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah kanak-kanak tidak mampu untuk mencapai pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan menyelesaikannya walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi.


5. kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental unutk memahami matematik dalam bentuk yang lebih abstrak.

Kesimpulan

Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa dilakukan setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan teknologi.
Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana, berkonteks dan refelektif.
Jesteru guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan yang mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini seperti halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan.
Oleh itu guru perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlu mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebih berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidak menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja dan teknologi tidak digunakan untuk stresming.
Jelasnya, teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1) Rujukan:
2) Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
3) Douglas H. Clements [1998]. Computers In Elementary Mathematics Education. Prentice Itall Inc. A
4) Dinsan of Simon & Sehuster Englewood Cliffs New Jersey 07632
5) Leone Burton and Barbara Jawarski [1995]. British Libary Cataloguing in Publication Data.
6) Nota-nota Kuliah En. Narjoharuddeen Mohd. Nor
7) Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) Sekolah Bestari Di Malaysia : Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur
8) Sulaiman Hashim (1996), “Jaringan Pendidikan”, Proceedings of the National Symposium on Educational Computing, USM : MCCE
9) Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin (1997), sekolah Bestari Di Malaysia, Hala Tuju Ke Masa Depan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
10) Ibrahim Saad (1990) Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran, DBP, Kuala Lumpur
11) Janet, L.M (1988), Intergrating spreadsheets into the mathematics classroom. Mathematics Teacher, 81(8), 615 – 652, Kementerian Pendidikan Malaysia.
12) NCTM (1989), Curiculum and Evaluations Standards For School Mathematics, New York.
13) Sue Brown & Bette Bush (1992), Multimedia math.The Computer Teacher, 20(3), 57 –58
14) Roger M. Garrett, (1984), Education and Development,New York
15) Paul Fisher, (1990), Education 2000: Educational Change With Consent, Issues in Education, London
16) Mok Soon Sang (1990), Pedagogi 4, Kuala Lumpur.
17) Michael T. Battista (1998), Shape Makers Developing Geometric Reasoning With Geometer’s Sketchpad, Key Kurikulum Press

langkah-langkah membuat blog...

Buat Blog Percuma Dengan Blogspot
Posted on 25/04/2008 by MK
Pada entri yang lepas, anda telah mengetahui tentang apa itu blog serta kelebihannya. Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot). Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog. Tak nak cakap banyak, jom teruskan!
Daftar di Blogspot
Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.



(klik imej untuk besarkan)
2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.


(klik imej untuk besarkan)
3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.


(klik imej untuk besarkan)
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:


Mulakan Menulis!
Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.


Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.


Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?


(klik imej untuk besarkan)
Ubahsuai Rupa Blog Anda
Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”


Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.

Contoh sidebar yang dihasilkan:


Ok, Sampai di Sini Dulu
Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama

Sunday 12 June 2011

dari titis ke titis...

salam...
hari ini merupakan hari pertama aku menulis.
memang selama ini aku sering membaca serta ambil tahu akan 'apa itu blog'.
Mujurlah aku dipaksa untuk menghasilkan satu.
Hasilnya?
ini, blog pertamaku.
mungkin akan ada perkaitan subjek di kampus, atau mungkin hal-hal berkaitan lain-lain.

ayuh kita jelajah!!

-Titisan Embun.